Sunday 13 October 2013

Rooney kecewa dengan Ferguson


KAMI GEMBIRA: Rooney (kiri) kini gembira diberi peluang bermain sebagai penyerang oleh Moyes (kanan)

LONDON: Wayne Rooney kelmarin mengesahkan beliau kecewa dengan keputusan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, tidak meletakkannya sebagai pemain penyerang tengah, posisi yang digemarinya.
Ferguson, yang bersara pada akhir musim lalu selepas kira-kira 27 tahun bertugas di Old Trafford, berundur diri setelah United dinobatkan sekali lagi sebagai juara England.
Semasa Ferguson menjadi pengurus, Manchester United telah memenangi banyak trofi.
Tetapi jelas, hubungannya yang rapat dengan Rooney bertukar menjadi buruk.
Penyerang England itu sering tidak dipilih dalam kesebelasan utama United dengan Robin van Persie kini menjadi penyerang bintang dan mendahului dalam jumlah jaringan gol.
Tetapi pengurus baru United, David Moyes, yang mengawasi permulaan kerjaya Rooney di Everton, mahu Rooney kekal di Old Trafford di tengah-tengah desas-desus penyerang England itu mungkin meminta pemindahan daripada Ferguson sekiranya bekas pengurus itu tidak bersara.
"Terdapat satu ketika saya harus mementingkan sedikit diri saya demi kerjaya saya," kata Rooney.
Beliau berkata demikian kelmarin sebelum pertemuan penting England dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Montenegro di Wembley semalam.
"Setiap orang di kelab tahu posisi mana yang saya mahu bermain. Itu tidak berlaku. Pada masa lalu, saya tidak kisah posisi yang harus saya main, tetapi saya adalah seorang penyerang dan saya rasa saya berhak bermain di posisi itu.
"David Moyes kini di sini. Beliau membenarkan saya bermain di posisi penyerang dan saya sedang menikmatinya," kata pemain berusia 27 tahun itu.

SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Blog Anda Di Sini