Bayi Makhluk Asing Pernai Dijumpai Di Bumi! | Satu
laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari
galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang
terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3
tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang
terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas
untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4
mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas
itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik
angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk
menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing
itu.
"Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu
sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal", terang
doktor itu dengan marah. "Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan
bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang
dapat kita gambarkan", katanya lagi.
Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk
asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz,
bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu
sahaja.
"Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka
sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia
memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke
dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang
dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang
kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya
tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk.
Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu. Dia tidak
mempunyai gigi tetapi itu adalah seperti yang dijangkakan bagi bayi
berusia 3 bulan. Tetapi apa yang saya dapati, yang paling aneh adalah
telinganya. Ia kelihatan tajam dan sangat besar. Tetapi saya gembira
bila melihat bayi itu mempunyai rambut. Ini bermakna dia adalah mamalia
dan boleh melahir dan menjaga anak. Dia juga mempunyai organ seks
kelihatan sama seperti manusia."
Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.
"Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah
ibunya", tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib
yang amat baik sekali...peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan
pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa
yang dapat kita mimpikan", katanya lagi.
"Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan
ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh
membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu. Bayi itu dalam perhatian
sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil
itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.
No comments:
Post a Comment