Monday 13 May 2013

Lata Kinjang


Lata Kijang merupakan air terjun yang ketinggiannya mencecah 80 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah, negeri Perak. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.
 

Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.
Terdapat perkampungan orang asli berhampiran dengan kawasan rekreasi ini. Kita boleh melihat tradisi kehidupan mereka. Saling menghormati dan mempercayai satu sama lain boleh dicontohi oleh masyarakat luar.
Pada 1 September 2010, kawasan itu ditutup kepada orang ramai berikutan fenomena 'kepala air' yang berlaku akibat hujan lebat membawa banjir besar menyebabkan Hutan Lipur Lata Kijang yang terkenal dengan air terjun setinggi 80 meter itu mengalami kerosakan teruk
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Blog Anda Di Sini