Saturday 1 June 2013

Kes Mahkamah: Wan Nor Azlin Gagal Batalkan Saman Bapa

Wan Nor Azlin Gagal Batalkan Saman Bapa | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini.

Wan Nor Azlin Gagal Batalkan Saman Bapa

Menurut sumber, Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 di dalam kamar beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu.

Dalam pada itu, Nuraini yang ditemui wartawan berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu.

Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Blog Anda Di Sini